Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksNews

  
Description
Front page image
  
  

​Isikan masa lapang awda dengan permainan Kenali Sejarah Kitani. Kini dikemaskini dengan Siri Kedua.


10/18/2021 9:38 AM
  

Awda yang ingin lebih tahu tentang Sejarah Brunei Tua bolehlah menonton video sedutan melalui pautan Facebook.


9/18/2021 9:47 AM
  

Radio Televisyen Brunei melalui rancangan Majalah Rampai Pagi TV pada 01 September 2021 yang lalu telah menyiarkan sedutan rakaman lawatan sambil belajar ke Pusat Sejarah Brunei. 


Awda boleh menonton sedutan ini melalui pautan Facebook di sini.


9/9/2021 9:39 AM
  

​Walaupun galeri pameran Pusat Sejarah ditutup sementara, orang ramai masih berpeluang mengunjungi secara maya ke galeri Pusat Sejarah Brunei dengan mengimbas kod QR pada poster ini. Orang ramai juga berpeluang menggunakan Flipbook salah satu galeri Pusat Sejarah Brunei.

Poster Galeri Maya.jpeg

9/6/2021 5:46 PM
  

​Orang ramai masih mempunyai kesempatan untuk mengunjungi e-Pameran Pusat Sejarah Brunei melalui kod QR pada poster ini


8/17/2021 8:07 AM
  

Sabtu, 31 Julai 2021 - Pusat Sejarah Brunei (PSB) sebagai jabatan di bawah Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan menyokong usaha ke arah mendukung Dasar Perubahan Iklim Kebangsaan Negara Brunei Darussalam. Sehubungan itu warga PSB memulakan kempen kebersihan dan penanaman pokok di ruang hadapan bangunan berkenaan.


8/1/2021 10:58 AM
  

Sabtu, 31 Julai 2021 - Pusat Sejarah Brunei turut memeriahkan Perjalanan Kebudayaan kali ini ke Sekolah Sinar Matahari (Sunshine School), Beribi. Pelbagai aktiviti dikendalikan sebagai medium menyampaikan info sejarah kepada para guru, pelajar dan warga sekolah berkenaan.


8/1/2021 10:38 AM
  

Rabu, 28 Julai 2021 - Seramai 44 orang terdiri daripada guru dan pelajar Sekolah Menengah Berakas mengadakan lawatan sambil belajar ke Pusat Sejarah Brunei.


Rombongan dialu-alukan oleh Pemangku Timbalan Pengetua Pusat Sejarah Brunei, Awang Muhamamd Faisal bin Haji Mat Salleh.



7/31/2021 12:40 AM
  

Isnin, 26 Julai 2021 - Pusat Sejarah Brunei menerima kunjungan rombongan lawatan sambil belajar secara walk-in dari IBTE Kampus Sultan Saiful Rijal, Jalan Muara.


Fokus utama rombongan adalah untuk menyaksikan Pameran Legasi Payung Negara



7/31/2021 12:28 AM
  

Sabtu, 24 Julai 2021 - Sebagai usaha untuk mendekatkan sejarah kepada generasi muda khususnya murid-murid sekolah, Pusat Sejarah Brunei mengadakan program pendekatan yang dikenali sebagai Kembara Sejarah ke Sekolah Rendah Junjongan.



7/31/2021 12:14 AM
  

Khamis, 22 Julai 2021 - Pusat Sejarah Brunei turut serta mengikuti Program Perjalanan Kebudayaan pada kali ini ke Sekolah Rendah Mahawangsa, Jalan Pasir Berakas, Lambak.


7/31/2021 12:07 AM
  

Sabtu, 17 Julai 2021 - Pusat Sejarah Brunei menerima kunjungan rombongan sambil belajar terdiri daripada guru dan pelajar Sekolah Nusa Laila Puteri cawangan Sungai Buloh.

Rombongan diberikan taklimat oleh Hajah Siti Aisah binti Pungut dan kemudiannya rombongan berpeluang mengunjungi galeri Pusat Sejarah Brunei.


7/31/2021 12:01 AM
  

Sabtu, 10 Julai 2021 - Pusat Sejarah Brunei turut serta bersama beberapa jabatan di bawah Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan ke Sekolah Rendah Panchong, Daerah Tutong bagi Program Perjalanan Kebudayaan.


7/29/2021 1:23 AM
  

Khamis, 08 Julai 2021 - Seramai 20 orang ahli Kumpulan Meraih Berkah telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Pusat Sejarah Brunei. Sesi lawatan dimulai dengan kata aluan dari Pemangku Timbalan Pengetua, Awang Muhammad Faisal bin Haji Mat Salleh.


7/29/2021 1:17 AM
  

Khamis, 08 Julai 2021 - Perjalanan Kebudayaan ke Institut Tahfiz Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah (ITQSHHB), Bandar Seri Begawan.


7/29/2021 12:55 AM
  

Khamis, 24 Jun 2021 - Pusat Sejarah Brunei turut serta bersama beberapa jabatan di bawah Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan mengadakan pameran dan aktiviti Perjalanan Kebudayaan ke Sekolah Rendah Merangking, Labi, Daerah Belait.


7/22/2021 10:05 AM
  

Sabtu, 19 Jun 2021 - Pusat Sejarah Brunei turut serta memeriahkan Perjalanan Kebudayaan ke Sekolah Rendah Bendahara Sakam, Bunut bersama beberapa jabatan di bawah Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan.


Antara unit yang turut serta dalam program ini ialah Unit Pameran dan Lawatan, Unit Salasilah, Unit Epigrafi & Takapan dan Unit Pemasaran.


6/23/2021 9:06 AM
  

Khamis, 17 Jun 2021 - Pusat Sejarah Brunei turut serta memeriahkan program Perjalanan Kebudayaan ke Sekolah Rendah Abdul Rashid, Kampong Tanjong Maya, Daerah Tutong.


Program ini merupakan aktiviti rutin bagi beberapa jabatan di bawah Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan sebagai langkah memberigakan pengetahuan mengenai budaya, sejarah, warisan, hal ehwal arkeologi dan sebagainya ke khalayak umum terutama sekali generasi muda.



6/21/2021 11:33 AM
  

Khamis, 17 Jun 2021 - Majlis membaca tahlil dan doa arwah 100 hari bagi Allahyarham Yang Berhormat Pehin Jawatan Dalam Seri Maharaja Dato Seri Utama Professor Kehormat (Dr) Haji Awang Mohd Jamil Al-Sufri bin Begawan Pehin Udana Khatib Dato Seri Paduka Haji Awang Umar, Pengetua Pusat Sejarah Brunei telah diadakan pada pagi hari ini bertempat di Dewan Jawatan Dalam, Pusat Sejarah Brunei.


6/21/2021 11:03 AM
  

​Rabu, 09 Jun 2021 - Pusat Sejarah Brunei melalui bahagian Pusat Pengkajian Borneo pada pagi tadi telah mengadakan Program Menyuluh Sejarah Brunei kali ke-2 dengan kerjasama Persatuan Sejarah Brunei (PESEBAR). Seramai 66 peserta menghadiri program tersebut. Sesi pembentangan dengan tajuk peranan Pembesar Pusat Kesultanan Brunei dan Acheh Tradisional(Abad ke 14-19)  telah disampaikan oleh  Dayang Farahaina binti Anchong, mahasiswi Universiti Brunei Darussalam.


6/14/2021 3:26 PM
  

Isnin, 25 Syawal 1442 | 7 Jun 2021


Pusat Sejarah Brunei (PSB) dan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) telah menganjurkan Bengkel Seni Khat dan Sistem Ejaan Jawi sempena Brunei MYCE 2021 bertempat di Dewan Jawatan Dalam, Pusat Sejarah Brunei.

Hadir memberikan ucapan alu-aluan, Yang Mulia Awang Mohammad Faisal bin Haji Mat Salleh, Pemangku Timbalan Pengetua PSB.


6/14/2021 3:18 PM
  

Bandar Seri Begawan, 5 Jun 2021 - Majlis Penutup Bengkel Menulis dan Melukis Cerita Bergambar Sejarah Brunei telah berlangsung pada petang ini di Dewan Jawatan Dalam, Pusat Sejarah Brunei. Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Dayang Mardiah binti Haji Ramli, Pemangku Ketua Bahagian Pusat Pengkajian Borneo (PenBorneo).


6/14/2021 3:13 PM
  

​Pada 29 Mei 2021, bahagian Pusat Pengkajian Borneo dengan kerjasama Bahagian Perpustakaan dan Pembelajaran telah mengadakan taklimat tulisan jawi dalam manuskrip di Pusat Pengkajian Borneo. Taklimat yang disampaikan oleh Awang Alomsa Naoradzmin bin Haji Alli Omar ini melibatkan para mahasiswa mahasiswa UNISSA seramai 14 orang yang sedang mengikuti penempatan kerja di Pusat Sejarah Brunei.


6/14/2021 3:06 PM
  

Bandar Seri Begawan, 1 Jun 2021 - Majlis Perasmian Bengkel Menulis dan Melukis Cerita Bergambar Sejarah Brunei telah berlangsung pada hari ini di Dewan Jawatan Dalam, Pusat Sejarah Brunei. Hadir selaku tetamu kehormat dan seterusnya merasmikan bengkel berkenaan ialah Timbalan Setiausaha Tetap (Kebudayaan) Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan, Dr. Siti Norkhalbi binti Haji Wahsalfelah.


6/14/2021 2:57 PM
  

Isnin, 24 Mei 2021 - Penyelidikan kerjasama Pusat Sejarah Brunei dengan Radio Televisyen Brunei dalam Program Kenali Sejarah dan Warisan Brunei.


Tajuk penyelidikan: Sejarah Awal Penubuhan Bangunan Dewan Kemasyarakatan (Civic Centre), Bandar Seri Begawan.


5/26/2021 11:32 AM
  

Isnin, 03 Mei 2021 - Majlis Tadarrus Quran bagi Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan serta jabatan-jabatan di bawahnya diadakan petang hari ini di surau Maktab Teknik Sultan Saiful Rijal. Majlis dikendalikan oleh Pusat Sejarah Brunei dan Jabatan Muzium-Muzium Brunei.


5/4/2021 9:40 AM
  

Sabtu, 17 April 2021 - Seramai 08 orang mahasiswa dan mahasiswi Universiti Brunei Darussalam (UBD) hari ini menamatkan Program Penempatan Kerja selama 14 minggu di Pusat Sejarah Brunei.

Majlis penyampaian sijil berlangsung di Galeri Sejarah, Pusat Sejarah Brunei yang dihadiri oleh pegawai dan kakitangan
 PSB. Turut hadir ialah Yang Mulia Profesor Madya Dr Haji Awang Asbol bin Haji Mail dan Yang Mulia Dr Arafat bin Mohamed, pensyarah UBD.


4/17/2021 11:10 AM
  

Isnin, 12 April 2021 - Penyerahan kurma kurnia peribadi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan  Negara Brunei Darussalam bagi Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan serta jabatan-jabatan di bawahnya diadakan petang hari ini.


Bagi warga Pusat Sejarah Brunei, penyerahan berlangsung di Dewan Jawatan Dalam, Pusat Sejarah Brunei


4/13/2021 9:11 AM
  

​Isnin, 12 April 2021 - Seramai 37 orang pelajar tahun 6 dan dua orang guru Sekolah DES, Anggerek Desa mengadakan lawatan sambil belajar ke Pusat Pengkajian Borneo.


4/13/2021 8:59 AM
  

​Sabtu, 10 April 2021 - Pusat Sejarah Brunei turut serta memeriahkan acara Simposium Pendidikan Negara Zikir Melayu Islam Beraja yang dikendalikan oleh Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPUSB) dengan mempamerkan nama-nama Sultan Brunei dalam kaligrafi jawi dan jualan buku-buku terbitan Pusat Sejarah Brunei.


4/13/2021 8:53 AM
1 - 30Next