Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Majlis Pelancaran Buku Tarsilah Brunei Jilid IV


Khamis, 19 Oktober 2023 - Pusat Sejarah Brunei telah mengadakan Majlis Pelancaran Buku Tarsilah Brunei: Peralihan ke Arah Brunei Moden (Tahun 1828 - 1924 Masihi), Jilid IV hasil penulisan Allahyarham Pehin Jawatan Dalam Seri Maharaja Dato Seri Utama Profesor Kehormat Dr. Haji Awang Mohd Jamil Al-Sufri bin Begawan Pehin Udana khatib dato Seri Paduka Haji Awang Umar, mantan Pengetua Pusat Sejarah Brunei.


There are no items to show in this view.

Bicara Semarak Kebangsaan di Daerah Tutong


Khamis, 14 Mac 2024 - Bicara Semarak Hari Kebangsaan Sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam Ke-40, Tahun 2024 telah berlangsung di Dewan Seri Kenangan, Kompleks Dewan Kemasyarakatan, Daerah Tutong. 

Bicara Semarak ini bertemakan Menghargai Perjuangan Generasi Tua Ke Arah Masa Depan Yang Mampan dan Cemerlang.​


Lawatan UNISSA

​​

​Rabu, 13 Mac 2024 - Seramai 75 orang mahasiswa dan mahasiswi Universiti Islam Sultan Sharif 'Ali (UNISSA) mengadakan lawatan sambil belajar ke Pusat Sejarah Brunei.

Rombongan dialu-alukan dan diberikan taklimat oleh Ketua Unit Pameran dan Lawatan, Dayang Hajah Siti Aisah binti Pungut.


Forum Belia Program Negaraku Kebanggaanku


​Rabu, 6 Mac 2024 - Program Forum Bersama Belia telah berlangsung pada Rabu, 25 Syaaban 1445 Hijrah bersamaan 6 Mac 2024, pukul 2.00 petang dan bertempat di Auditorium, Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA). 

Forum ini bertemakan Memupuk Sifat Kesukarelawanan Dalam Kalangan Belia yang membincangkan mengenai kepentingan dalam memupuk sifat kesukarelawanan dari sudut pandang dan perspektif belia.


Penyelidikan Biodata, Salasilah dan Sejarah Penubuhan Surau ABDB


​Selasa, 5 Mac 2023 - Bahagian Penyelidikan dan Dokumentasi, Pusat Sejarah Brunei bekerjasama dengan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei membuat Penyelidikan Biodata, Salasilah dan Sejarah Penubuhan Surau Pengiran Ratna Indera bersama Yang Amat Mulia Pengiran Sanggamara Diraja Mejar Jeneral (B) Pengiran Haji Ibnu Basit bin Pengiran Datu Penghulu Pengiran Haji Apong.

Copy of HARI TERBUKA PUSAT SEJARAH BRUNEI.gif