Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksPerkhidmatan

1. PERPUSTAKAAN DAN PUSAT PENGKAJIAN BORNEO
 
  • Perpustakaan - Pusat Sejarah mengalu-alukan kepada sesiapa sahaja untuk membuat penyelidikan dan rujukan mengenai bahan dan sumber persejarahan Brunei di Perpustakaan Pusat Sejarah Brunei. Orang ramai juga boleh akses ke laman sesawang perpustakaan PSB melalui https://www.librarybrunei.gov.bn/library/pusat-sejarah/
  • Pusat Pengkajian Borneo - Pusat Pengkajian Borneo salah satu bahagian di Pusat Sejarah Brunei yang memberikan perkhidmatan dan rujukan kepada orang ramai mengenai bahan dan sumber Borneo. Orang ramai boleh mengakses antara bahan dan sumber yang terdapat di Pusat Pengkajian Borneo melalui http://www.pusat-sejarah.gov.bn/Info%20Sejarah/INFO%20SEJARAH.aspx
 

2. PERKHIDMATAN DAN KEMUDAHAN LAIN 

  • Salinan Gambar - Permohonan bagi mendapatkan salinan foto (gambar-gambar) boleh disediakan tertakluk kepada Pengetua Pusat Sejarah dengan syarat semua kos pembiayaannya akan ditanggung oleh pemohon.
  • Program Outeach & Pameran Bergerak - Permohonan bagi mengadakan pameran dan perkhidmatan dalam hal-hal pameran hendaklah menghadapkannya kepada Pengetua Pusat Sejarah tidak kurang daripada 2 minggu sebelum program dan pameran berkenaan diadakan.
  • Lawatan & Penempatan Kerja - Orang ramai dialu-alukan untuk melawat ke galeri pameran Pusat Sejarah Brunei dan Pusat Pengkajian Borneo pada waktu-waktu pejabat. Agensi-agensi kerajaan dan institusi-institusi pendidikan di negara ini juga dialu-alukan untuk mengikuti program penempatan kerja dengan menghadapkan permohonan kepada Pengetua Pusat Sejarah Brunei.
  • Menjadi Ahli  Perpustakaan  dan Pusat Pengkajian Borneo - Pusat Sejarah Brunei mengalu-alukan kepada sesiapa sahaja untuk menjadi ahli di Perpustakaan termasuk Pusat Pengkajian Borneo  bagi perkhidmatan dan kemudahan rujukan.