1982 - Ditubuhkan pada 26 Januari 982 atas titah perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka
Seri Baginda Sultan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam melalui Memorandum
Menteri Besar Brunei, Bilangan: SUK.06/84/92 bertarikh 26 Januari 1982.
- Berpejabat sementara di Bangunan Dewan Bahasa dan Pustaka di Jalan Elizabeth II, Bandar
Seri Begawan.
1984 - Diletakan dibawah Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan.
1985 - Berpindah ke bekas Bangunan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) di Jalan Stoney,
Bandar Seri Begawan.
1987 - Berpindah ke Bangunan Pusat Sejarah Brunei yang baru dibina di kawasan bekas bangunan
Pejabat Pelajaran Brunei di Jalan Stoney, Bandar Seri Begawan.
1988 - Bangunan baru Pusat Sejarah Brunei dirasmikan.
2005 - Perletakan Batu Asas Tambahan dan Ubahsuai Bangunan Pusat Sejarah Brunei.
2007 - 25 tahun penubuhan Pusat Sejarah Brunei.
2008 - Tambahan dan ubahsuai bangunan Pusat Sejarah Brunei telah mula digunakan secara
berperingkat.
2009 - Tambahan dan ubaisuai bangunan Pusat Sejarah Brunei telah digunakan sepenuhnya.
2012 - Kedai Buku Pusat Sejarah Brunei dirasmikan.
2013 - Bangunan baru Pusat Sejarah Brunei yang dikenali sebagai Pusat Pengkajian Borneo
(penBorneo) telah mula beroperasi yang terletak di Blok 31, Bekas Bangunan Flat Kerajaan
Anggerek Desa, Simpang 394, Jalan Berakas.
2013 - Galeri Pameran Koleksi Manuskrip Borneo dan Galeri Pameran Salasilah dirasmikan.
2014 - Galeri Pameran Sejarah Awal Brunei dan Galeri Era Kegemilangan Brunei dirasmikan.
2018 - Galeri Pameran Perlembagaan Negeri
Brunei 1959 di Lapau Lama dibuka untuk kunjungan orang ramai.