| | Rabu, 29 Oktober 2025 - Bahagian Pusat Pengkajian Borneo (penBORNEO) menerima lawatan kerja daripada Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS). | 
| 1/6/2026 10:22 AM |
| | Rabu, 28 Oktober 2025 - Pusat Sejarah Brunei menyertai program Perjalanan Kebudayaan di Sekolah Menengah Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah. Acara berlangsung di Perpustakaan sekolah berkenaan. Antara jabatan yang turut serta dalam program tersebut ialah Jabatan Muzium-Muzium, Dewan Bahasa dan Pustaka, Pusat Pembangunan Belia dan Bahagian Kesenian dan Kebudayaan. | 
| 1/6/2026 9:16 AM |
| | Selasa, 28 Oktober 2025 - Pusat Sejarah Brunei menerima lawatan sambil belajar daripada 90 orang pelajar berserta pegawai dan kakitangan Unit Pengajian Melayu Islam Beraja, Politeknik Brunei. | 
| 1/6/2026 8:57 AM |
| | Isnin, 27 Oktober 2025 - Seramai 10 orang pensyarah daripada Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) telah mengadakan perjumpaan bersama Pengetua Pusat Sejarah Brunei berserta pegawai-pegawai PSB. Rombongan seterusnya mengadakan lawatan ke Makam Diraja dan ke galeri-galeri pameran PSB. Rombongan diketuai oleh Dr. Adibah binti Yusuf. | 
| 1/6/2026 8:46 AM |
| | Isnin, 27 Oktober 2025 - Seramai tiga (3) orang pensyarah daripada Universiti Teknologi MARA (UiTM) telah mengadakan perjumpaan bersama Pemangku Timbalan Pengetua berserta pegawai-pegawai Pusat Sejarah Brunei dan seterusnya mengadakan lawatan ke galeri-galeri pameran PSB. | 
| 1/6/2026 8:39 AM |
| | Selasa, 21 Oktober 2025 - Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS) melalui Unit Teknologi Maklumat menganjurkan sesi latihan dua (2) platform baharu kerajaan yang diperkenalkan oleh Pusat E-Kebangsaan, iaitu FormBN dan GoBN. | 
| 1/6/2026 8:29 AM |
| | Selasa, 4 November 2025 - Pusat Sejarah Brunei menerima lawatan sambil belajar daripada 72 orang murid Tahun 4 dan Tahun 5 berserta 15 orang guru Sekolah Rendah Panglima Barudin Limau Manis. | 
| 1/5/2026 7:17 PM |
| | Sabtu, 25 Oktober 2025 - Seramai tujuh (7) orang pegawai daripada Pusat Sejarah Brunei menyertai Kempen Kebersihan 2025 di Kawasan Lighthouse, Lumut, Mukim Liang, Kuala Belait, yang dikendalikan oleh Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS). | 
| 1/5/2026 7:04 PM |
| | Sabtu, 25 Oktober 2025 - Pusat Sejarah Brunei menerima lawatan sambil belajar daripada 40 orang pegawai dan kakitangan berserta Ahli Jawatankuasa Takmir Masjid dan Muslimah Masjid Hassanal Bolkiah Pekan Tutong. | 
| 1/5/2026 6:59 PM |
| | Khamis, 23 Oktober 2025 - Kunjungan Yang Mulia Sheikh Abdul Mahdani bin Dato Paduka Sheikh Haji Abdul Gani, Konsul Agung Negara Brunei Darussalam di Kuching, Sarawak ke reruai Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, Brunei Darussalam semasa Pesta Buku Borneo 2025. | 
| 1/5/2026 6:53 PM |
| | Isnin, 20 Oktober 2025 - Rombongan Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, Negara Brunei Darussalam melalui (Pusat Sejarah Brunei, Dewan Bahasa dan Pustaka dan Jabatan Muzium-Muzium akan menyertai Pesta Buku Borneo (PBB) 2025.
| | 12/21/2025 7:47 PM |
| | Sabtu, 18 Oktober 2025 - Pusat Sejarah Brunei menerima lawatan sambil belajar daripada 72 orang murid berserta tujuh (7) orang guru dari Sekolah Rendah Rimba 1, Kluster 3. | 
| 12/21/2025 7:43 PM |
| | Khamis,16 Oktober 2025 - Pusat Sejarah Brunei melalui Bahagian Reprographer dan Pengambaran telah mengungkayahkan Bengkel Penggunaan Dron selama dua (2) hari iaitu pada 16 dan 18 Oktober 2025. Bengkel bertujuan memberi kesedaran keselamatan dan kemahiran dalam mengendalikan dron. | 
| 12/21/2025 7:37 PM |
| | Khamis, 9 Oktober 2025 - Pusat Sejarah Brunei menyertai pameran bersempena Hari Kebudayaan Antarabangsa bertempat di Dewan Serbaguna Universiti Teknologi Brunei. Pameran bertajuk “Warisan Kesultanan Brunei” mempamerkan pembentukan kebudayaan Brunei melalui perspektif sejarah di samping menganjurkan beberapa aktiviti seperti kuiz interakif sejarah. | 
| 11/23/2025 8:13 PM |
| | Rabu, 8 Oktober 2025 - Pusat Sejarah menerima lawatan daripada 143 orang murid berserta guru Sekolah Seri Mulia Sarjana. Di samping lawatan, murid-murid berpeluang menyertai aktiviti “Lakastah Kenali Sejarah Kitani” kelolaan Bahagian Pameran dan Perkhidmatan yang diadakan di Dewan Jawatan Dalam, PSB. | 
| 11/23/2025 8:08 PM |
| | Khamis, 2 Oktober 2025 - Sempena Sambutan Hari Perkhidmatan Awam Kali Ke-32 Tahun 2025, Pusat Sejarah Brunei (PSB) menganjurkan Ceramah Khas yang diadakan di Dewan Jawatan Dalam, PSB. Ceramah disampaikan oleh penceramah undangan, Yang Mulia Awang Mohammad Nasyith bin Superi, Pegawai Ugama, Pusat Da’wah Islamiah, Kementerian Hal Ehwal Ugama. | 
| 11/23/2025 7:58 PM |
| | Rabu, 1 Oktober 2025 - Pusat Sejarah Brunei menerima lawatan sambil belajar daripada 51 orang murid berserta empat (4) orang tenaga pengajar dari Sekolah Tinggi Arab Hassanal Bolkiah (STAHB). | 
| 11/23/2025 7:53 PM |
| | Selasa, 30 September 2025 - Seramai lima (5) orang pegawai daripada Pusat Sejarah Brunei telah menyertai dan menghadiri Persidangan Khas Perkhidmatan Awam kali ke-32 sempena Hari Perkhidmatan Awam 2025. Para pegawai turut menghadiri pembentangan bertajuk “Digital Transformation and Innovation based on Artificial Intelligence (AI) in the Public Service” yang berlangsung di Dewan Teater, Jabatan Perdana Menteri. | 
| 10/29/2025 10:09 AM |
| | Selasa, 30 September 2025 - Seramai 25 orang kakitangan Pusat Sejarah Brunei menghadiri Taklimat Induksi Peraturan-Peraturan Am kelolaan Pusat Sejarah Brunei melalui Bahagian Pentadbiran dan Pengurusan. Taklimat disampaikan oleh Awang Mohammad Nasrul Hafizan bin Mohd. Noor, Penolong Pentadbir PSB. | 
| 10/29/2025 10:01 AM |
| | Sabtu, 27 September 2025 - Seramai 40 orang guru dan kakitangan Maktab Duli Pengiran Muda Al-Muhtadee Billah (MDPMAMB) telah mengadakan lawatan kerja ke Pusat Sejarah Brunei. Lawatan antara lain diisikan dengan sesi taklimat mengenai peranan dan tanggungjawab Pusat Sejarah Brunei; dan terbitan Pusat Sejarah Brunei. Rombongan seterusnya melawat ke galeri-galeri pameran dan kedai buku PSB.
| 
| 10/29/2025 9:46 AM |
| | Selasa, 23 September 2025 - Seramai empat (4) ahli Persekutuan Pengakap Negara Brunei Darussalam (PPNBD) telah mengadakan lawatan kerja ke Bahagian Pusat Pengkajian Borneo (penBORNEO), PSB.
| 
| 10/29/2025 9:35 AM |
| | Isnin, 22 September 2025 - Seramai empat (4) orang pegawai daripada Royal Terengganu Institute for Historical and Legal Studies (R-TIHiLS), Terengganu Malaysia telah mengadakan perjumpaan bersama Pengetua berserta pegawai-pegawai Pusat Sejarah Brunei, dan seterusnya mengadakan lawatan ke galeri-galeri pameran. Rombongan diketuai oleh Dato’ Haji Mohd Yusof bin Abdullah, Ketua Pegawai Eksekutif R-TIHiLS. | 
| 10/29/2025 9:27 AM |
| | Sabtu, 20 September 2025 - Pusat Sejarah Brunei (PSB) telah diundang untuk menyampaikan taklimat bertajuk “Pentingnya Warisan Bagi Belia” dalam Program Literasi Penerangan bagi Belia Daerah Belait. Taklimat disampaikan oleh Farahaina binti Anchong, Pegawai Sejarah dan Siti Nadhrah binti Norzelan, Pengarang Kanan. |
| 10/29/2025 9:20 AM |
| | Sabtu, 20 September 2025 - Program Kembara Sejarah telah diadakan di Sekolah Menengah Sultan Hassan, Temburong dan disertai oleh 200 orang murid Tahun 7, 8 dan 9. | 
| 10/29/2025 9:13 AM |
| | Rabu, 17 September 2025 - Sesi Berselawat dan Bacaan Doa Allah Peliharakan Sultan dan Negara Brunei Darussalam Sepanjang Bulan Rabiulawal 1447 telah diadakan di Bilik Rambut Mulia Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi wa Sallam, Balai Khazanah Islam Sultan Haji Hassanal Bolkiah (BKISHHB). Turut hadir ialah Setiausaha Tetap (Kebudayaan) Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, ketua-ketua jabatan serta pegawai dan kakitangan jabatan-jabatan di bawahnya. | 
| 10/29/2025 9:07 AM |
| | Selasa, 16 September 2025 - Yang Mulia Pengiran Ahmad Hasanuddin bin Pengiran Haji Tejudin, Penyelidik dan Penterjemah Khusus (Bahasa Arab), Pusat Sejarah Brunei, telah membentangkan sebuah kertas kerja bertajuk “Peranan Sultan-Sultan Brunei dalam Penyebaran dan Pemantapan Dakwah Islam: Analisis Sejarah Dakwah Abad Ke-14 hingga ke-16 - Satu Tinjauan Awal”. | 
| 10/29/2025 9:01 AM |
| | Selasa, 16 September 2025 - Pusat Sejarah Brunei menerima lawatan sambil belajar daripada 11 orang murid berserta tiga (3) orang tenaga pengajar dari Yangzheng Primary School Singapore, yang sedang menjalani Brunei Darussalam-Republic of Singapore School Twinning Programme selama empat (4) hari di Sekolah Rendah Amar Pahlawan, Kluster 3.
| .jpg)
| 10/14/2025 8:40 AM |
| | Selasa, 16 September 2025 - Cyber Security Brunei (CBS) dengan kerjasama Persatuan Keselamatan Siber Brunei (BCSA) telah mengadakan Brunei Cyber Security Conference 2025 kali ketiga dengan tema “Beyond Protection: Empowering a Cyber-Smart Society”. Dua (2) orang pegawai/kakitangan Pusat Sejarah Brunei telah mengikut persidangan tersebut yang diadakan selama dua (2) hari bermula15 hingga 16 september 2025 bertempat Hotel Antarabangsa Rizqun, Gadong. | .jpg)
| 10/14/2025 8:36 AM |
| | Khamis, 11 September 2025 - Dr. Dayang Mardiah binti Haji Ramli, Pegawai Sejarah, Pusat Sejarah Brunei telah membentangkan sebuah kertas kerja melalui aplikasi Zoom dengan tajuk “Manuskrip-Manuskrip Borneo di Brunei: Satu Penelaahan Sepintas Lalu”. Sesi pembentangan adalah bersempena Konferensi Antarabangsa Islam Borneo (KAIB) Ke-16 Tahun 2025 bertemakan “Perdamaian Dunia, Krisis Lingkungan Hidup dan Dialog Antar Peradaban Gelombang Kedua”.
| .jpg)
| 10/14/2025 8:31 AM |
| | Khamis, 11 September 2025 - Pusat Sejarah Brunei telah diundang oleh Politeknik Brunei melalui Unit Pengajian Melayu Islam Beraja (MIB), Bahagian Pengajian Am untuk menyampaikan kuliah bertajuk “Pengaruh Luar dalam Kebudayaan Melayu Brunei: Satu Tinjauan Sejarah dan Budaya”. Kuliah disampaikan oleh Dayang Adibah binti Md. Jaafar, Pegawai Sejarah, Bahagian Penyelidikan dan Dokumentasi.
| .jpg)
| 10/14/2025 8:23 AM |