Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksAnnouncements

  
Front page Description
Front page image
  

12 Oktober 2019- Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan mengurniakan Anugerah Keilmuan negara  dengan gelaran Profesor Kehormat kepada Yang Berhormat Pehin Jawatan Dalam Seri Maharaja Dato Seri Utama Profesor Kehormat (Dr.) Haji Awang Mohd. Jamil Al-Sufri bin Begawan Pehin Udana Khatib Dato Seri Paduka Haji Awang Umar, Pengetua Pusat Sejarah Brunei, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan.


Penganugerahan ini adalah sebagai penghargaan kepada Yang Berhormat sebagai tokoh Ilmuan Negara Brunei Darussalam yang dinilai layak untuk menerima, demi kerana keilmuannya dan merupakan seorang tokoh negara tersohor yang telah banyak menabur bakti dalam bidang pendidikan, budaya, sastera, sejarah dan agama di Negara Brunei Darussalam.



Sumber gambar & bahan : Pelita Brunei, Jabatan Penerangan

 


20191013_bahasamelayu8.jpg

  

Ahad, 22 September 2019 - Sebagai usaha untuk mendekati golongan muda dan belia serta para pelajar supaya mereka mengetahui dan memahami akan nilai serta kepentingan sejarah tanah air, Pusat Sejarah Brunei dengan kerjasama Progresif Cellular Sdn Bhd, Politeknik Brunei dan Victory Athletes mengadakan Cabaran Larian Sejarah Brunei 2019.

page-10-A_23092019a.jpg

  

Khamis, 12 Sept 2019 - Pusat Sejarah Brunei turut serta memeriahkan acara Brunei Darussalam Youth Cultural Exchange & Conference 2019 dengan mempamerkan bahan Nama-Nama Sultan Brunei dalam seni kaligrafi yang bertempat di Dewan Persidangan Kuala Belait.

  

Ahad, 08 Sept 2019 - Bersempena dengan Aktiviti Keluarga Sempena Riadah Berbasikal Hari Keputeraan 2019, Pusat Sejarah Brunei turut serta memeriahkan acara tersebut yang mengambil tempat di Taman Sir Muda Omar 'Ali Saifuddien, di ibu negara.

IMG-20190908-WA0093.jpg

  

Rabu, 7 Ogos 2019 - Pusat Sejarah Brunei telah melancarkan penerbitan buku Legasi Payung Negara: Aspirasi, Cita-Cita dan Hasrat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam

page-3-A_08082019.jpg

Sumber Gambar: Media Permata

  

​Selasa, 9 Julai 2019, Yang Berhormat Tuan Mohd Khuzzan bin Abu Bakar, Exco Kesihatan, Kebudayaan dan Warisan Negeri Johor telah mengadakan lawatan ke galeri-galeri pameran Pusat Sejarah Brunei beserta 11 orang rombongan.

IMG-20190709-WA0048.jpg