TERBITAN BAHARU
PUSAT SEJARAH BRUNEI
2024/2025
Perlembagaan Negeri Brunei 1959:
Dalam Ristaan
Penulis: Salina binti Haji Jaafar
Harga (Kulit Lembut): B$25.00
ISBN 978-99917-63-98-9
Buku mewah (coffee table book) pertama terbitan Pusat Sejarah Brunei, mengenai perjuangan dan perjalanan Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien dalam pembentukan ke arah berpelembagaan, dan menjadikan Negara Brunei Darussalam sebuah negara 'Bekerajaan Sendiri' hingga mencapai kemerdekaan pada 1 Januari 1984.
Syair Kisah Negeri Brunei
Dikaji dan Disusun: Profesor Ampuan Dr. Haji Brahim
bin Ampuan Haji Tengah
Harga (Kulit Lembut): B$13.00
ISBN 978-99917-63-97-2
Hasil transliterasi daripada tulisan Jawi sebuah manuskrip Melayu Brunei yang bertajuk "Syair Kisah Negeri Brunei" ke dalam tulisan Rumi. Sebuah karya sastera tradisional bernuansa moden yang merungkai peristiwa-peristiwa bersejarah semasa pemerintahan Sultan Brunei Ke-28, Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien (1950-1967) seperti akta skim pemberian elaun pencen umur tua dan kurang upaya, dan hari pembukaan Masjid Sultan Omar 'Ali Saifuddien.
Buku Mewarna Sejarah 1
Harga (Kulit Lembut): B$2.00
ISBN 978-99984-52-13-8
Buku mewarna pertama terbitan Pusat Sejarah Brunei yang memuatkan 10 ilustrasi sejarah penemuan dan kewujudan awal Kesultanan Brunei yang diasaskan oleh Awang Alak Betatar (Sultan Muhammad Shah, Sultan Brunei Pertama).
Datuk Rumbai
Penulis: Rabi'atul'adawiyah binti Haji Suhaili
Harga (Kulit Lembut): B$4.00
ISBN 978-99984-52-11-4
Sebuah cerita rakyat mengenai seorang penduduk Kampung Tanah Jambu bernama Datuk Rumbai yang mempunyai sikap rendah hati dan sentiasa menolong penduduk kampung dalam menyelesaikan masalah. Keperibadian Datuk Rumbai ini menjadi ristaan lisan turun-menurun oleh penduduk kampung tersebut sehingga hari ini.
Jurnal Darusslam Bilangan 23
Harga (Kulit Lembut): B$10.00
Memuatkan tujuh artikel, antaranya ialah "Transformasi Pendidikan Brunei Darussalam 1914-2020: Penelitian Sepintas Lalu"; "Sejarah Hubungan Kesultanan Brunei dengan Kesultanan Melayu Perak Darul Ridzuan: Era Kolonialisme British"; "Haji Wan Sulaiman Al-Fathani: Pendakwah Islam yang Berkunjung ke Brunei pada Abad Ke-19"; dan "Sistem Pentadbiran British North Borneo Chartered Company (BNBCC) dengan Kesultanan Brunei: Satu Pembandingan Ringkas".
Pusaka Bilangan 55
Harga (Kulit Lembut): B$10.00
Memuatkan
rencana dan hasil penyelidikan antaranya ialah "Kepercayaan Rakyat dalam Kalangan Puak Jati Brunei: Satu Kajian Ringkas"; "Membangun Rumah Melayu Brunei Kampung Ayer"; "Makam-Makam di Pulau Penyengat"; "Kampung Subok"; "Masjid Kampung Sinaut"; "Surau IBTE Kampus Sultan Saiful Rijal"; "Batu Nisan Daeng Pendita"; dan "Allahyarham Pehin Orang Kaya Amar Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Zakaria bin Datu Mahawangsa Haji Sulaiman: Menteri Perhubungan Negara Brunei Darussalam Tahun 1989 hingga 2005".