- Menyelidik dan menyusun Susur-Galur Keluarga Diraja dan sejarah Sultan-Sultan. 
- Menyelidik dan menyusun riwayat Pembesar-Pembesar dan Orang-Orang Yang Ternama Yang Perwira di dalam Negara Brunei Darussalam.
 
 
- Mengumpul dan menyimpan bahan-bahan sejarah Brunei dan yang berkaitan dengannya untuk pengkajian, rujukan dan dibukukan.
 
 
- Mengusahakan penemuan semula kesan-kesan sejarah bagi mengetahui kandungan untuk dijadikan sumber pengkajian.
 
 
- Mengumpulkan hasil-hasil penulisan sejarah mengenai Brunei untuk simpanan dan kajian serta penyelarasan bagi sebarang penyelewengan dari perkara-perkara yang sebenar.
 
 
- Mengadakan pameran yang berhubung dengan persejarahan Brunei untuk memberi kefahaman kepada orang terhadap perkembangan sejarah tanah air.
 
 
- Memperkenalkan kemasyhuran dalam sejarah kepada umum sama ada di dalam mahupun di luar negeri.