Hadir selaku tetamu khas ialah Yang Mulia Pengiran Haji Mohd Hasnan bin Pengiran Haji Ali Hassan, Setiausaha Tetap (Kebudayaan), Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan.
Turut hadir Yang Mulia Haji Zakaria bin Haji Serudin, Setiausaha Tetap (Kebeliaan), Yang Mulia Dr Siti Norkhalbi binti Haji Wahsalfelah, Timbalan Setiausaha Tetap (Kebudayaan) dan Yang Mulia Awang Suip bin Haji Abdul Wahab, Pemangku Pengarah Dewan Bahasa & Pustaka, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan.
Dua orang panel dijemput bagi mengongsikan pengalaman kejayaan mereka iaitu Yang Mulia Awang Haji Syed Mohd. Yassin bin Haji Syed Anayatullah Shah dan Yang Mulia Awang Haji Loqman Al-Hakim bin Haji Hamdan.