Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
Lawatan Sekolah Antarabangsa Brunei

‚Äč


Rabu, 03 Februari 2021 - Sebagai aktiviti tahunan Sekolah Antarabangsa Brunei (ISB), seramai 89 orang pelajar dan guru sekolah berkenaan mengadakan lawatan sambil belajar ke Pusat Sejarah Brunei. Turut berangkat bersama rombongan ialah cucunda Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Yang Teramat Mulia Pengiran Anak Muneerah Madhul Bolkiah binti Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah.



Kata alu-aluan disampaikan oleh Pemangku Timbalan Pengetua Pusat Sejarah Brunei, Dayang Hajah Fatimah binti Haji Talip.

Rombongan kemudiannya diberikan penerangan oleh kakitangan Unit Lawatan dan Pameran mengenai panel-panel pameran yang mempamerkan tentang sejarah negara bermula dari Sejarah Brunei Tua, Kegemilangan Zaman Pemerintahan Brunei hingga ke Pameran Legasi Payung Negara dan Perlembagaan Negeri Brunei 1959.

Turut menarik perhatian rombongan ialah galeri Salasilah yang mempamerkan hubungan kesultanan Brunei dengan para nabi dan rasul serta hubungannya dengan Raja-Raja Alam Melayu.

Rombongan juga berpeluang mengikuti aktiviti demonstrasi seni penulisan khat jawi, teknik penyusunan salasilah dan kaedah pemeliharaan dokumen.


Attachments
Created at 2/3/2021 12:10 PM by Elbi Saiful Razaimie Mohd Ali
Last modified at 2/4/2021 8:19 AM by Elbi Saiful Razaimie Mohd Ali