Selasa, 02 Februari 2021 - Seramai 72 orang pelajar Pra-U dan 6 orang guru pengawas dari Sekolah Menengah Arab Laki-Laki Hassanal Bolkiah, Bandar Seri Begawan mengadakan lawatan sambil belajar ke Pusat Sejarah Brunei.
Rombongan dialu-alukan oleh Ketua Bahagian Pameran dan Perkhidmatan, Awang Muhammad Faisal bin Haji Mat Salleh, diikuti dengan taklimat mengenai Fungsi dan Peranan Pusat Sejarah Brunei yang disampaikan oleh Ketua Unit Lawatan dan Pameran, Dayang Hajah Siti Aisah binti Pungut.
Rombongan kemudiannya menyertai aktiviti yang dianjurkan iaitu demonstrasi seni penulisan khat jawi, penyusunan salasilah dan teknik pemuliharaan dokumen.
Akhir sekali, rombongan dibawa melawat ke semua galeri-galeri pameran Pusat Sejarah Brunei.