Rabu, 23 Disember 2020 - Seramai 2 orang imam dan 12 orang belia masjid Kampong Limau Manis petang tadi mengadakan lawatan tidak rasmi ke Pusat Sejarah Brunei.
Rombongan telah dialu-alukan oleh pemangku ketua Unit Pameran dan Lawatan, Dayang Rabi'atul 'Adawiyah binti Haji Suhaili disusuli dengan lawatan ke galeri-galeri yang dipandu oleh atendan pameran Pusat Sejarah Brunei.
Melalui lawatan ke galeri-galeri yang ada, rombongan telah dapat sedikit sebanyak pengetahuan mengenai sejarah negara dan dapat menanamkan rasa cinta pada negara ke pengetahuan belia tanahair.