Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
Dua Pegawai Jabatan Menghadiri Sesi Taklimat dan Latihan Program Workplace & Health

 

Gambar: Instagram @wah_heal

(Workplace and Health, Happy Environment and Lifestyle)


‚Äč


Isnin, 12 Oktober 2020 - Dua orang pegawai Pusat Sejarah Brunei hari ini menghadiri sesi Taklimat dan Latihan Program Workplace & Health (WAH) bagi Perkhidmatan Awam 2020-2021. Dayang Adibah binti Jaafar mewakili dari Bahagian Penyelidikan dan Dokumentasi manakala Bahagian Pengkajian Borneo pula diwakili oleh Pengiran Ibnu bin Pengirah Haji Zulaihi.




Sesi taklimat telah disampaikan oleh Yang Mulia Dr Bibina Tuty Umairah binti Haji Abdul Hamid. Program bertempat di Studio 2, Pusat Promosi Kesihatan, Kementerian Kesihatan, Commonwealth Drive, Jalan Menteri Besar, Berakas.

Taklimat tersebut adalah melantik selaku focal person bagi setiap kementerian dan jabatan untuk mempromosi gaya hidup sihat kepada semua warga perkhidmatan awam di sektor kerajaan dan bersama-sama berusaha ke arah pengurangan penyakit tidak berjangkit (NCD) di Negara Brunei Darussalam.

Attachments
Created at 10/13/2020 9:15 AM by Elbi Saiful Razaimie Mohd Ali
Last modified at 10/13/2020 11:54 AM by Elbi Saiful Razaimie Mohd Ali