Rabu, 28 Oktober 2025 - Pusat Sejarah Brunei menyertai program Perjalanan Kebudayaan di Sekolah Menengah Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah. Acara berlangsung di Perpustakaan sekolah berkenaan. Antara jabatan yang turut serta dalam program tersebut ialah Jabatan Muzium-Muzium, Dewan Bahasa dan Pustaka, Pusat Pembangunan Belia dan Bahagian Kesenian dan Kebudayaan.