
Isnin, 27 Oktober 2025 - Seramai 10 orang pensyarah daripada Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) telah mengadakan perjumpaan bersama Pengetua Pusat Sejarah Brunei berserta pegawai-pegawai PSB. Rombongan seterusnya mengadakan lawatan ke Makam Diraja dan ke galeri-galeri pameran PSB. Rombongan diketuai oleh Dr. Adibah binti Yusuf.