
Sabtu, 25 Oktober 2025 - Seramai tujuh (7) orang pegawai daripada Pusat Sejarah Brunei menyertai Kempen Kebersihan 2025 di Kawasan Lighthouse, Lumut, Mukim Liang, Kuala Belait, yang dikendalikan oleh Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS).
Hadir selaku Tetamu Kehormat Majlis ialah Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Awang Nazmi bin Haji Awang Mohamad, Menteri KKBS.