Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Pembentangan Kertas Kerja - KAIB ke-16 Tahun 2025, IAIN Pontianak, Indonesia
 

Khamis, 11 September 2025 - Dr. Dayang Mardiah binti Haji Ramli, Pegawai Sejarah, Pusat Sejarah Brunei telah membentangkan sebuah kertas kerja melalui aplikasi Zoom dengan tajuk “Manuskrip-Manuskrip Borneo di Brunei: Satu Penelaahan Sepintas Lalu”. Sesi pembentangan adalah bersempena Konferensi Antarabangsa Islam Borneo (KAIB) Ke-16 Tahun 2025 bertemakan “Perdamaian Dunia, Krisis Lingkungan Hidup dan Dialog Antar Peradaban Gelombang Kedua”.

Sesi pembentangan dibawakan secara maya oleh Institut Agama Islam Negeri Pontianak (IAIN Pontianak), Indonesia sebagai tuan rumah KAIB Ke-16 tahun ini, yang telah berlangsung bermula 9 hingga 11 September 2025.







Attachments
Created at 10/14/2025 8:31 AM by elbisaiful.ali
Last modified at 10/14/2025 8:31 AM by elbisaiful.ali