Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Sejarah Brunei Tarik Perhatian Pelatih PKBN


Khamis, 20 Februari 2020 & Sabtu, 22 Februari 2020 - Seramai 385 orang pelatih Program Khidmat Bakti Negara (PKBN) terlibat dalam lawatan sambil belajar ke Pusat Sejarah Brunei.

Rombongan diberikan taklimat ringkas oleh Pegawai Sejarah Kanan, Pengiran Hajah Mahani binti Pengiran Haji Ahmad.



Rombongan juga dibawa melawat ke galeri-galeri yang terdapat di Pusat Sejarah Brunei. Pelatih program tertarik dengan sejarah Perlembagaan Negeri Brunei 1959 yang telah berlangsung di bangunan Lapau Lama.

Disamping itu para pelatih program diberikan tunjuk ajar teknik penyusunan salasilah yang dikendalikan oleh Unit Salasilah.

Rombongan diiringi oleh 36 orang jurulatih dan staf.
Attachments
Created at 3/3/2020 11:09 AM by Elbi Saiful Razaimie Mohd Ali
Last modified at 3/3/2020 11:09 AM by Elbi Saiful Razaimie Mohd Ali