Isnin, 8 September 2025 - Pusat Sejarah Brunei telah diundang oleh Politeknik Brunei melalui Unit Pengajian Melayu Islam Beraja (MIB), Bahagian Pengajian Am untuk menyampaikan kuliah bertajuk “Pengaruh Luar dalam Kebudayaan Melayu Brunei: Satu Tinjauan Sejarah dan Budaya”. Kuliah disampaikan oleh Dayang Adibah binti Md. Jaafar, Pegawai Sejarah, Bahagian Penyelidikan dan Dokumentasi, PSB.
Kuliah diadakan di Dewan Kuliah Sekolah Sains Kesihatan, Universiti Brunei Darussalam (UBD) dan dihadiri oleh seramai 162 orang pelajar Sekolah Sains Kesihatan berserta empat (4) orang pensyarah.