Rabu, 3 September 2025 - Persembahan Bercorak Ugama sempena Sambutan Maulud Nabi Muhammad Sallallahu ‘Alaihi wa Sallam bertempat Istana Nurul Iman. Mengetuai rombongan daripada Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS) ialah Yang Mulia Pengiran Haji Mohd. Hasnan bin Pengiran Haji Ali Hassan, Setiausaha Tetap (Kebudayaan), KKBS. Rombongan KKBS membawakan Dikir Assalamualaika dan Dikir Asyrakal.