Sabtu, 3 Mei 2025 - Ceramah Sejarah Borneo Siri Ke-13 bertemakan “Manuskrip Sumber Warisan Sejarah” telah berlangsung di Bangunan Pusat Pengkajian Borneo (penBORNEO). Ceramah disampaikan oleh dua (2) pembentang iaitu Yang Mulia Profesor Ampuan Dr. Haji Brahim bin Ampuan Haji Tengah dan Yang Mulia Awang Haji Hanafi bin Haji Salleh.
Hadir selaku Tetamu Khas ialah Yang Mulia Dr. Awang Haji Muhammad Hadi bin Muhammad Melayong, Pengetua Pusat Sejarah Brunei.
Seramai 64 peserta telah menyertai program ceramah berkenaan yang terdiri daripada pegawai dan kakitangan jabatan-jabatan kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan, persatuan-persatuan belia, mahasiswa/i institusi pengajian tinggi dan peminat sejarah. Program turut diselajurkan dengan Bengkel Asas Manuskrip Sejarah yang dihadiri oleh 40 peserta. Bengkel dibimbing oleh Yang Mulia Profesor Ampuan Dr. Haji Brahim bin Ampuan Haji Tengah.
Program berakhir dengan penyampaian sijil dan cenderamata kepada para pembentang dan pembimbing bengkel.