Khamis, 27 Mac 2025 - Majlis Sambutan Nuzul Al-Quran dan Penyampaian Sumbangan Derma kepada Anak-Anak Yatim, Pegawai dan Kakitangan Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan serta Jabatan-Jabatan di Bawahnya bagi Tahun 1446/2025 anjuran Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan dengan kelolaan Pusat Sejarah Brunei telah diadakan di Dewan Digadong, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan.
Hadir selaku Tetamu Kehormat ialah Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Awang Nazmi bin Haji Awang Mohamad, Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan. Turut dihadiri oleh Setiausaha-Setiausaha Tetap, Timbalan Setiausaha Tetap, pegawai-pegawai kanan, pegawai-pegawai dan kakitangan kementerian dan jabatan-jabatan di bawahnya.
Majlis diisikn dengan ceramah agama bertajuk “Akal Sihat dengan Al-Quran” yang disampaikan oleh Yang Mulia Ustaz Haji Sammali bin Haji Adam, Pegawai Pelajaran, Bahagian Kauseling, Kementerian Pendidikan.
Majlis diteruskan dengan penyampaian derma oleh Yang Berhormat Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan kepada 19 orang anak yatim terdiri daripada 10 orang lelaki dan 9 orang perempuan.