Khamis, 13 Mac 2025 - Pusat Sejarah Brunei telah diundang oleh Politeknik Brunei melalui Unit Pengajian Melayu Islam Beraja, Bahagian Pengajian Am (bagi modul GS1101) untuk menyampaikan kuliah bertajuk “Sistem Pentadbiran Negara Brunei Darussalam”. Kuliah disampaikan oleh Dayang Adibah binti Md. Jaafar, Pegawai Sejarah, Bahagian Penyelidikan dan Dokumentasi.
Kuliah diadakan di Dewan Kuliah Sekolah Sains dan Kejuruteraan, Kampus Politeknik Brunei Lumut dan dihadiri oleh 140 orang pelajar berserta lima (5) orang pensyarah.