
Rabu, 12 Mac 2025 - Pusat Sejarah Brunei menerima lawatan sambil belajar daripada 114 orang mahasiswa/i berserta dua (2) orang pensyarah Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA).
Rombongan dialu-alukan oleh Yang Mulia Dr Haji Muhammad Hadi bin Muhammad Melayong, Pengetua Pusat Sejarah Brunei. Manakala taklimat mengenai fungsi dan peranan Pusat Sejarah Brunei disampaikan oleh Yang Mulia Hajah Siti Aisah binti Pungut, Ketua Unit Pameran dan Lawatan.
Rombongan seterusnya mengadakan lawatan ke galeri-galeri dan menyaksikan lembaran koleksi-koleksi manuskrip Pusat Pengkajian Borneo.