
Selasa, 11 Mac 2025 - Seramai 183 pelajar dan tujuh (7) orang Pensyarah, daripada Sekolah Perdagangan Politeknik Brunei telah menghadiri kuliah “Sistem Pentadbiran Negara Brunei Darussalam” anjuran Unit Pengajian Melayu Islam Beraja, Bahagian Pengajian Am, Politeknik Brunei.
Kuliah disampaikan oleh Awang Mohamad Hazim bin Haji Hashim, Kurator Sejarah, pemangku Ketua Bahagian Penyelidikan dan Dokumentasi, Pusat Sejarah Brunei. Kuliah berlangsung di Dewan Serbaguna Lifelong Learning Centre (L3C), RPN Lambak Kanan.