Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Kuliah Sistem Pentadbiran Negara Brunei Darussalam
 


Isnin, 10 Mac 2025 - Pusat Sejarah Brunei telah diundang bagi menyampaikan kuliah "Sistem Pentadbiran Negara Brunei Darussalam" anjuran Unit Pengajian Melayu Islam Beraja, Bahagian Pengajian Am, Politeknik Brunei. Kuliah dihadiri oleh seramai 143 pelajar Politeknik Brunei dan tujuh (7) orang Pensyarah, daripada Sekolah Teknologi Maklumat dan Info Komunikasi, Politeknik Brunei.

Kuliah disampaikan oleh Awang Mohamad Hazim bin Haji Hashim, Kurator Sejarah, pemangku Ketua Bahagian Penyelidikan dan Dokumentasi, Pusat Sejarah Brunei. Kuliah berlangsung di Dewan Serbaguna Lifelong Learning Centre (L3C), RPN Lambak Kanan.







Attachments
Created at 3/16/2025 11:48 PM by Elbi Saiful Razaimie Mohd Ali
Last modified at 3/16/2025 11:48 PM by Elbi Saiful Razaimie Mohd Ali