Khamis, 23 Januari 2025 - Pusat Sejarah Brunei menerima lawatan daripada sembilan (9) orang penuntut lepasan Peperiksaan Brunei-Cambridge GCE peringkat ‘O’ yang juga merupakan peserta program Kem Asuhan Minda Belia kali kedua, tahun 2025.
Mengalu-alukan rombongan dan seterusnya menyampaikan taklimat fungsi dan peranan Pusat Sejarah Brunei ialah Yang Mulia Awang Mohammad Faisal bin Haji Mat Salleh, Pemangku Timbalan Pengetua.
Lawatan sambil belajar ini merupakan salah satu pengisian program para peserta. Selain berpeluang mengadakan lawatan ke galeri-galeri pameran, para peserta juga berkesempatan melaksanakan kerja-kerja kempen kebersihan di sekitar bangunan Pusat Sejarah Brunei bersama beberapa orang kakitangan Bahagian Pentadbiran dan Pengurusan, PSB.