Khamis, 2 Januari 2025 - Pusat Sejarah Brunei (PSB) telah mengadakan Majlis Tahlil, diikuti dengan Majlis Perpisahan serta Penghargaan bagi Awang Abdul Qayyum bin Haji Isa sebagai tanda penghargaan atas sumbangan beliau sepanjang berkhidmat di PSB dalam Program Penempatan Kerja (skim biasiswa YSHHB).
Majlis diteruskan dengan menyambut kehadiran empat (4) orang pegawai baharu di bawah Skim Perantisan Perkhidmatan Awam (SkiPPA).
Ucapan alu-aluan telah disampaikan oleh Pengetua Pusat Sejarah Brunei pada majlis yang berlangsung di Dewan Jawatan Dalam, PSB yang dihadiri oleh pegawai dan kakitangan PSB.