Rabu, 2 Oktober 2024 - Pusat Sejarah Brunei menerima lawatan sambil belajar daripada 10 orang mahasiswi Master of Teaching (MTeach) berserta dua (2) orang pensyarah Institut Pendidikan Sultan Hassanal Bolkiah (IPSHB), Universiti Brunei Darussalam (UBD).
Lawatan bertujuan sebagai satu usaha dalam mempertingkat kefahaman dan penghayatan terhadap sejarah dan budaya Brunei di samping menerapkan kefahaman mengenai kepentingan tulisan jawi dalam sejarah bangsa.