Selasa, 1 Oktober 2024 - Pusat Sejarah Brunei melalui Bahagian Penyelidikan dan Dokumentasi bekerjasama dengan pihak Balai Khazanah Islam Sultan Haji Hassanal Bolkiah (BKISHHB) dalam proses pembuatan casting bagi menghasilkan replika bahan-bahan koleksi artifak dalam simpanan BKISHHB. Tempoh pelaksanaan kerja adalah selama sebulan iaitu sepanjang bulan Oktober tahun 2024 bertempat BKISHHB.