Rabu, 25 September 2024 - Program Kembara Sejarah telah diadakan di Sekolah Rendah Tungku sempena Bulan Mata Pelajaran Melayu Islam Beraja (MIB) anjuran sekolah berkenaan. Acara dihadiri oleh 120 murid dan dimeriahkan oleh penganjuran aktiviti daripada Bahagian Pameran dan Perkidmatan; Bahagian Penerbitan dan Pemasaran; dan Bahagian Penyelidikan dan Dokumentasi.