Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Lawatan Laksamana College of Business


​Selasa, 29 Okt 2019 - Rombongan seramai 16 orang rombongan dari Laksamana College of Business telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Pusat Sejarah Brunei.

Lawatan merupakan aktiviti tahunan yang memberi peluang kepada para pelajar untuk mengetahui dengan lebih mendalam tentang sejarah Brunei dan peranan Pusat Sejarah Brunei sebagai pusat sumber persejarahan negara.

Rombongan dialu-alukan oleh Pegawai Sejarah, Hajah Siti Aisah binti Pungut. Lawatan dimulai dengan bacaan Suratul Fatihah diikuti dengan taklimat dan aktiviti demonstrasi.

Demonstrasi yang disampaikan kepada para pelawat ialah demonstrasi tulisan khat jawi, takapan batu nisan dan teknik pemeliharaan dokumen.

Rombongan juga dibawa melawat ke dewan pameran yang ada di Pusat Sejarah Brunei.

Lebih banyak gambar di sini.
Attachments
Created at 10/29/2019 4:50 PM by Elbi Saiful Razaimie Mohd Ali
Last modified at 10/30/2019 8:51 AM by Elbi Saiful Razaimie Mohd Ali