Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Bicara Sejarah: Pergerakan Pengakap Ristaan Pergerakan Belia di Negara Brunei Darussalam

Sabtu, 10 Ogos 2024 - Sempena Sambutan Hari Belia Kebangsaan Ke-19 Tahun 2024, Pusat Sejarah Brunei dengan kerjasama Persekutuan Pengakap Negara Brunei Darussalam (PPNBD) menganjurkan Program Bicara Sejarah dengan tajuk "Pergerakan Pengakap Ristaan Pergerakan Belia di Negara Brunei Darussalam".

Hadir selaku Tetamu Kehormat Yang Mulia Dr. Siti Norkhalbi binti Haji Wahsalfelah, Timbalan Setiausaha Tetap (Kebudayaan), Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan.

Turut hadir Yang Mulia Dr. Mardiah binti Haji Ramli, Pemangku Timbalan PengetuaPusat Sejarah Brunei.

 

Dua (2) ahli panel undangan bagi program tersebut ialah Yang Mulia Haji Awang Badar bin Haji Awang Ali, Mantan Ketua Pesuruhjaya PPNBD dan Yang Mulia Awang Mohammad Arif bin Abdul Hadi, Timbalan Ketua Pesuruhjaya merangkap Pesuruhjaya Program Belia PPNBD.

Program berlangsung di Dewan Jawatan Dalam, Pusat Sejarah Brunei dan dihadiri oleh 82 peserta.

Program turut diserikan dengan pameran PPNBD yang dibukakan bagi kunjungan orang ramai bermula 10 hingga 21 Ogos 2024 bertempat Galeri Sejarah, Pusat Sejarah Brunei.
Attachments
Created at 9/30/2024 11:07 PM by Elbi Saiful Razaimie Mohd Ali
Last modified at 9/30/2024 11:07 PM by Elbi Saiful Razaimie Mohd Ali