Rabu, 7 Ogos 2024 - Pelbagai aktiviti menarik diungkayahkan oleh Pusat Sejarah Brunei seperti Jejak Sejarah; Pameran dan Aktiviti Asas Pemeliharaan Rekod; Membaca Takapan; Kuiz Interaktif Sejarah; dan Cabaran Membaca dan Menulis Jawi sempena cuti persekolahan penggal ke-2 tahun ini.
Program aktiviti ini akan dibukakan lagi pada hari Sabtu, 10 Ogos 2024 pukul 1.45 petang. Orang ramai adalah dialu-alukan berkunjung ke Pusat Sejarah Brunei bagi sama-sama mengisi dan memeriahkan waktu cuti persekolahan dengan mempelajari sejarah negara secara interaktif dan berkesan.