Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Lawatan SBYLEP ke Pusat Sejarah Brunei


Ahad, 06 Oktober 2019 - Pusat Sejarah Brunei telah menerima kunjungan lawatan daripada delegasi Program Pertukaran Pemimpin Muda Brunei-Singapura ke-6 atau lebih dikenali sebagai SBYLEP (Singapore-Brunei Youth Leadership Exchange Programme).​

Seramai 30 orang rombongan terdiri daripada 15 orang delegasi dari Negara Brunei Darussalam dan selebihnya dari delegasi Singapura.

Rombongan telah dialu-alukan oleh Ketua Unit Lawatan, Hajah Siti Aisah binti Pungut dan seterusnya melawat ke dewan pameran yang ada termasuk pameran berkala, Pameran Legasi Payung Negara: Inspirasi Masa Depan.

Lawatan ke Pusat Sejarah Brunei merupakan salah satu aktiviti sampingan delegasi program selama 7 hari mereka berada di Negara Brunei Darussalam.

   
Attachments
Created at 10/12/2019 8:52 AM by Elbi Saiful Razaimie Mohd Ali
Last modified at 10/12/2019 8:52 AM by Elbi Saiful Razaimie Mohd Ali