Rabu, 25 Sept 2019 - Seramai 160 orang guru dan murid dari Sekolah Rendah Pengiran Anak Puteri Besar, Sungai Kebun membuat lawatan sambil belajar secara walk-in ke Pusat Sejarah Brunei.
Rombongan terdiri daripada murid tahun 4, 5 dan 6 diberikan kata aluan oleh Pegawai Sejarah, Hajah Siti Aisah binti Pungut yang kemudiannya dibahagikan kepada beberapa kumpulan untuk melawat ruangan setiap pameran.