Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Lawatan Mr. Nicholas Charles G Cann




‚ÄčIsnin, 15 Januari 2024 - Pusat Sejarah Brunei pada pagi tadi menerima kunjungan khusus daripada tetamu khas negara dari United Kingdom of Great Britain and Northern Ireland, Mr. Nicholas Charles G Cann. Turut mengiringi beliau ialah Mrs. Claire Annae Cann, Mr. Alexander Christopher Grant Cann, Mr. James Anthony Gregory Cann, Mrs. Alice Rose Cann dan Mrs. Edita Cann.

Rombongan dialu-alukan oleh Yang Mulia Pengiran Haji Mohd Hasnan bin Pengiran Haji Ali Hassan, Setiausaha Tetap (Pengurusan Strategi dan Dasar), Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan; Yang Mulia Dr. Siti Norkhalbi binti Haji Wahsalfelah, Timbalan Setiausaha Tetap (Kebudayaan), Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan; Yang Mulia Awang Haji Mohd Abdoh bin Haji Awang Damit, Pemangku Pengarah Kebudayaan dan Kesenian, Bahagian Kebudayaan dan Kesenian; Yang Mulia Dr. Haji Muhammad Hadi bin Muhammad Melayong, Pengetua Pusat Sejarah Brunei; Yang Mulia Awang Suip bin Haji Abdul Wahab, Pemangku Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka; Yang Mulia Awang Muhammad Faisal bin Haji Mat Salleh, Pemangku Timbalan Pengetua Pusat Sejarah Brunei; Yang Mulia Hajah Siti Aisah binti Pungut, Pegawai Sejarah; dan Yang Mulia Awang Muhammad Ataillah bin Haji Julaihi, Pegawai Pemeliharaan.

Rombongan meluangkan masa mengunjungi beberapa galeri PSB, antaranya ialah Dewan Pameran Salasilah, Galeri Sejarah Brunei Tua, Pameran Tiga Dekad Negaraku Brunei Darussalam dan Galeri Perlembagaan Negeri Brunei 1959 dengan dibantu oleh jurupandu pameran, Yang Mulia Awang Muhammad Azlan bin Mohd Hassan.

Mr. Nicholas juga berkesempatan menandatangani lembaran lawatan dan menerima penyerahan cenderahati kenang-kenangan.
Attachments
Created at 1/21/2024 10:47 PM by Elbi Saiful Razaimie Mohd Ali
Last modified at 1/21/2024 10:50 PM by Elbi Saiful Razaimie Mohd Ali