Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Forum Sejarah Kesultanan Brunei

Sabtu, 2 September 2023. - Dalam mengimbas kembali sejarah hubungan persahabatan antara Brunei dan China, Pusat Sejarah Brunei dengan kerjasama Kedutaan Republik Rakyat China dan Persatuan Persahabatan Brunei-China telah menganjurkan Forum Sejarah Kesultanan Brunei yang berlangsung di Dewan Jawatan Dalam, Pusat Sejarah Brunei hari ini. 


Forum yang disampaikan oleh Dr Haji Muhammad Hadi bin Muhammad Melayong, Pengetua Pusat Sejarah Brunei antaranya mengongsikan hubungan persahabatan antara Brunei dan China sudah terjalin sejak sekian lama sepertimana yang dicatatkan dalam dokumen-dokumen sejarah China. Hubungan persahabatan ini terus terjalin hingga ke hari ini khususnya dalam bidang ekonomi, sosiobudaya dan diplomasi. Kemuncak persahabatan antara kedua-dua negara jelas melalui hubungan diplomatik antara Negara Brunei Darussalam dan Republik Rakyat China yang mula terjalin sejak 30 September 1991.   


Hadir selaku tetamu khas ialah Puan Yang Terutama Gu Xiulian, Presiden Persatuan China-ASEAN, dan Tuan Yang Terutama Xiao Jianguo, Duta Besar Istimewa dan Mutlak Republik Rakyat China ke Negara Brunei Darussalam. 

Turut hadir pada majlis berkenaan, Yang Mulia Dr. Haji Muhammad Hadi bin Muhammad Melayong, Pengetua Pusat Sejarah Brunei, Yang Mulia Dr. Muhammad Firdaus bin Abdul Rahman, Yang Dipertua Persatuan Persahabatan Brunei~China.

Forum turut diserikan dengan persembahan kebudayaan dari Sekolah Menengah Chung Hwa, Bandar Seri Begawan. 

Objektif forum adalah untuk memberi pendedahan dan kefahaman secara ringkas tentang sejarah dan budaya Negara Brunei Darussalam; meningkatkan pengetahuan dan menyebarluaskan fakta sejarah yang menarik tentang Negara Brunei Darussalam; dan meningkatkan lagi hubungan persahabatan dan kerjasama antara kedua-dua buah negara.
Attachments
Created at 9/4/2023 10:27 PM by Elbi Saiful Razaimie Mohd Ali
Last modified at 9/4/2023 10:34 PM by Elbi Saiful Razaimie Mohd Ali