Sabtu, 22 Julai 2023 - Pusat Sejarah Brunei pagi hari ini mengadakan Kembara Sejarah ke Sekolah Rendah Orang Kaya Besar Imas, Subok.
Program ini dihadiri oleh guru-guru, kakitangan dan seluruh murid sekolah berkenaan.
Taklimat mengenai sejarah disampaikan oleh Ketua Unit Pameran dan Lawatan, Hajah Siti Aisah binti Pungut dan kemudiannya program diteruskan dengan pelbagai aktiviti yang dikendalikan seperti kuiz interaktif, demo takapan batu nisan, pameran dalam talian dan jualan buku-buku terbitan Pusat Sejarah Brunei.