Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
Taklimat Sukarelawan Cabaran Larian Sejarah Brunei 2019
‚Äč

Jumaat, 13 Sept 2019 - Ahli jawatankuasa dan sukarelawan Cabaran Larian Sejarah Brunei 2019 hari ini menghadiri sesi penerangan ringkas sebelum acara berkenaan berlangsung 22 September depan. Pembuka kata disampaikan oleh Awang Faisal bin Haji Salleh, Timbalan Pengerusi Projek Cabaran Larian Sejarah Brunei 2019 dan penerangan pula disampaikan oleh Ketua Bersama Ahli Jawatankuasa Kerja Sukarelawan dan Halangan Perlumbaan, Dayang Nurrussyakirah binti Abdul Wahab. Sesi tersebut berlangsung di Galeri Sejarah, Pusat Sejarah Brunei.

Ahli jawatankuasa dan sukarelawan diberikan pembahagian tugas untuk mengawasi masa dan menjaga halangan sempadan yang dibahagikan kepada 12 kumpulan terdiri daripada kakitangan Pusat Sejarah Brunei sendiri dan sukarelawan daripada Politeknik Brunei, mahasiswa/i Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) dan mahasiswa/i Universiti Brunei Darussalam (UBD) yang sedang menjalani penempatan kerja sementara di Pusat Sejarah Brunei.

Tekan sini untuk melihat lebih banyak gambar.
Attachments
Created at 9/13/2019 11:32 AM by Elbi Saiful Razaimie Mohd Ali
Last modified at 9/14/2019 10:21 AM by Hanafi Salleh