Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
Lawatan Peserta Salam Convention 2019



Sabtu, 07 Sept 2019 - Seramai 30 orang peserta dalam negara dan seorang peserta dari Indonesia yang mengikuti program Salam Convention 2019 mengadakan lawatan ke galeri-galeri Pusat Sejarah Brunei sejurus selepas mengikuti forum Salam Convention 2019 yang bertempat di Dewan Jawatan Dalam, Pusat Sejarah Brunei.


Peserta diberikan penerangan mengenai sejarah awal Brunei pada abad ke-14, zaman Awang Alak Betatar sehingga ke zaman kegemilangan Brunei pada era pemerintahan Sultan Bolkiah, Sultan Abdul Kahar dan Sultan Saiful Rijal.


Selain daripada itu peserta tertarik dengan penerangan mengenai pameran salasilah mengenai asal-usul bangsa di dunia dan kesinambungan Nabi Adam A.S. dengan Raja-Raja Brunei.

Attachments
Created at 9/8/2019 11:33 AM by Elbi Saiful Razaimie Mohd Ali
Last modified at 9/8/2019 11:33 AM by Elbi Saiful Razaimie Mohd Ali