
Isnin, 13 Mac 2023 - Ahli Takmir Masjid Al-Muhtadee Billah, Kampung Sungai Kebun dengan kerjasama Pusat Sejarah Brunei telah menganjurkan Majlis Semarak Hari Kebangsaan Sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam Ke-39, Tahun 2023.
Majlis ini diisikan dengan Bicara Sejarah: Semangat Kebangsaan Kebruneian yang telah disampaikan oleh Yang Mulia Dr. Haji Muhammad Hadi bin Muhammad Melayong, Pengetua Pusat Sejarah Brunei.
Tetamu Kehormat Majlis ialah Yang Mulia Awang Haji Mohd Serudin bin Haji Timbang, Timbalan Setiausaha Tetap (Dasar dan Keugamaan), Kementerian Hal Ehwal Ugama.
Selain itu pelbagai aktiviti menarik serta pameran sejarah turut diadakan bagi memeriahkan lagi majlis tersebut.