Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Kembara Sejarah di Sekolah Persediaan Arab, BSB
 
  

Sabtu, 14 Januari 2023 - Pusat Sejarah Brunei (PSB) membuka tirai tahun baru 2023 dengan mengadakan program Kembara Sejarah sebagai satu langkah untuk memberigakan sejarah ke pengetahuan orang ramai khususnya kepada pelajar dan warga sekolah.

Kali ini Sekolah Persediaan Arab, Bandar Seri Begawan (SPABSB) terpilih sebagai destinasi pertama di tahun 2023. Seramai 534 orang pelajar sekolah berkenaan yang terdiri daripada 212 orang pelajar sanah 5 dan 322 orang pelajar sanah 6 hadir mengikuti program ini.

Taklimat celik sejarah disampaikan oleh Yang Mulia Hajah Siti Aisah binti Pungut, Pegawai Sejarah  diikuti dengan tayangan video sejarah mengenai perkembangan Brunei di era pemerintahan Al-Marhum Sultan Haji 'Omar 'Ali Saifuddien.

Pelbagai aktiviti diadakan antaranya pameran, kuiz interaktif, demonstrasi salasilah. demonstrasi takapan batu nisan dan jualan buku terbitan PSB.
Attachments
Created at 1/16/2023 9:38 AM by Elbi Saiful Razaimie Mohd Ali
Last modified at 1/16/2023 9:38 AM by Elbi Saiful Razaimie Mohd Ali