Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Pembentangan dan Penyampaian Sijil Program Penempatan Kerja



Sabtu, 24 Disember 2022 - Majlis Pembentangan dan Penyampaian Sijil Program Penempatan Kerja kepada seramai 04 orang mahasiswa dan mahasiswi iaitu dua orang masing-masing dari Politeknik Brunei dan IBTE Kampus Sultan Saiful Rijal yang telah menamatkan program Latihan Industri mereka selama 6 bulan di Pusat Sejarah Brunei.

Majlis ini berlangsung di Galeri Sejarah, Pusat Sejarah Brunei dengan dihadiri oleh pensyarah-pensyarah dari Politeknik Brunei dan IBTE Kampus Sultan Saiful Rijal.

Ucapan alu-aluan telah disampaikan oleh Awang Muhammad syahmi bin Halimshah, Ketua Bahagian Perpustakaan dan Pembelajaran.

Penyampaian sijil program penempatan kerja ini disampaikan oleh Awang Hanafi bin Haji Salleh, Timbalan Pengetua I, Pusat Sejarah Brunei.

Sumber laporan: Adibah Md Jaafar
Attachments
Created at 12/28/2022 10:32 AM by Elbi Saiful Razaimie Mohd Ali
Last modified at 12/28/2022 10:32 AM by Elbi Saiful Razaimie Mohd Ali