Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
Majlis Sambutan Awal Tahun 1441 Hijrah
IMG-20190904-WA0071.jpg

Rabu, 4 September 2019 - Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan hari ini mengadakan Majlis Sambutan Tahun Baru Hijrah 1441 hijrah bagi kementerian tersebut dan jabatan-jabatan di bawahnya. Majlis dihadiri oleh Yang Berhormat Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Awang Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Awang Haji Abidin, Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan selaku tetamu kehormat majlis.


Majlis dimulai dengan  lagu kebangsaan Allah Peliharakan Sultan diikuti dengan bacaan Surah Al-Fatihan yang dipimpin oleh Ustaz Alomsa Nor Adzmin bin Haji Alli Omar, Juru Tulis Jawi Pusat Sejarah Brunei.


  

Bacaan ayat suci Al-Quran telah dipersembahkan oleh Muhammad Khaisulzaman bin Haji Mohd Salleh, pelajar braille Institut Tahfiz Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah diikuti dengan intisari tafsir ayat suci Al-Quran yang dibacakan iaitu Surah Al-Baqarah ayat 213 hingga 218.




Bagi menyerikan majlis, ceramah khas disampaikan oleh Ustaz Haji Awang Muhammad Naqip bin Haji Awang, Pegawai Hal Ehwal Masjid, Pusat Da'wah Islamiah mengenai tema sambutan Awal Tahun Hijrah Tahun 2019 iaitu ”Rezeki Halal Mengundang Rahmat Negara Berkat”

Attachments
Created at 9/4/2019 6:07 PM by Elbi Saiful Razaimie Mohd Ali
Last modified at 9/5/2019 7:45 AM by Hanafi Salleh