Khamis, 25 Julai
- Pusat Sejarah Brunei telah menerima lawatan rasmi dari para pegawai
yang terlibat dalam Program Kerjasama Dalam Bidang Penerangan Antara
Negara Brunei Darussalam dengan Kerajaan Thailand: Program Pertukaran
Pegawai Penerangan dan Media Personel, Thailand ke Negara Brunei
Darussalam.
Seramai
3 orang pegawai dari kerajaan Thailand diiringi oleh 6 orang pegawai
dari Jabatan Penerangan, Negara Brunei Darussalam telah dialu-alukan
oleh Ketua Bahagian Pameran dan Perkhidmatan, Pengiran Hajah Mahani
binti Pengiran Haji Ahmad.
Rombongan
dibawa melawat ke dewan Pameran Salasilah, Pameran Koleksi Manuskrip
Borneo, Pameran Sejarah Brunei Tua, Pameran Era Kegemilangan Brunei,
Pameran Perlembagaan 1959 dan pameran berkala Nama-Nama Sultan Brunei
dalam Kaligrafi.
Bagi mendedahkan lebih dekat lagi dengan fungsi dan peranan Pusat Sejarah Brunei, rombongan telah diberikan demonstrasi takapan batu nisan dan teknik penyusunan salasilah yang dikendalikan oleh Bahagian Penyelidikan dan Dokumentasi.