Rabu, 09 Jun 2021 - Pusat Sejarah Brunei melalui bahagian Pusat Pengkajian Borneo pada pagi tadi telah mengadakan Program Menyuluh Sejarah Brunei kali ke-2 dengan kerjasama Persatuan Sejarah Brunei (PESEBAR). Seramai 66 peserta menghadiri program tersebut. Sesi pembentangan dengan tajuk peranan Pembesar Pusat Kesultanan Brunei dan Acheh Tradisional(Abad ke 14-19) telah disampaikan oleh Dayang Farahaina binti Anchong, mahasiswi Universiti Brunei Darussalam.
Laporan disediakan oleh: Nurrusyakirah