Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Bengkel Seni Khat dan Sistem Ejaan Jawi

Isnin, 25 Syawal 1442 | 7 Jun 2021

Pusat Sejarah Brunei (PSB) dan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) telah menganjurkan Bengkel Seni Khat dan Sistem Ejaan Jawi sempena Brunei MYCE 2021 bertempat di Dewan Jawatan Dalam, Pusat Sejarah Brunei.

Hadir memberikan ucapan alu-aluan, Yang Mulia Awang Mohammad Faisal bin Haji Mat Salleh, Pemangku Timbalan Pengetua PSB.


  
Bengkel sehari ini memfokuskan kepada seni kaligrafi Islam atau seni khat Jawi Nasakh dan sistem pengejaan Jawi secara sistematik serta kaedah asas dalam sistem tersebut.

Bengkel sesi pagi dibimbing oleh Awang Alomsa Noradzmin bin Haji Alli Omar, Jurutulis Jawi dari PSB khusus bagi seni khat Nasakh. Manakala sesi petang dibimbing oleh Awang Raieham bin Mohd Salleh, Pegawai Bahasa dari DBP khusus bagi sistem ejaan Jawi.

Seramai 41 orang telah menyertai bengkel ini yang terdiri daripada pegawai dan kakitangan jabatan kerajaan, mahasiswa institusi pengajian tinggi, dan peserta persendirian.


Attachments
Created at 6/14/2021 3:18 PM by Elbi Saiful Razaimie Mohd Ali
Last modified at 6/14/2021 3:18 PM by Elbi Saiful Razaimie Mohd Ali