Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
Perasmian Bengkel Menulis dan Melukis Cerita Bergambar Sejarah Brunei
‚Äč

Bandar Seri Begawan, 1 Jun 2021 - Majlis Perasmian Bengkel Menulis dan Melukis Cerita Bergambar Sejarah Brunei telah berlangsung pada hari ini di Dewan Jawatan Dalam, Pusat Sejarah Brunei. Hadir selaku tetamu kehormat dan seterusnya merasmikan bengkel berkenaan ialah Timbalan Setiausaha Tetap (Kebudayaan) Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan, Dr. Siti Norkhalbi binti Haji Wahsalfelah.

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah disusuli ucapan alu-aluan oleh Awang Mohammad Faisal binti Haji Mat Salleh, Pemangku Timbalan Pengetua Pusat Sejarah selaku Pengerusi Bengkel Menulis dan Melukis Cerita Bergambar Sejarah Brunei. Majlis kemudian diteruskan dengan ucapan dan perasmian bengkel oleh tetamu kehormat majlis. 

Seramai 46 orang peserta akan menyertai bengkel empat hari itu iaitu pada 1-3 dan 5 Jun 2021. Para peserta akan dibimbing oleh dua orang fasilitator berpengalaman dalam bidang penulisan dan pelukisan.

Lebih banyak gambar di sini.


Laporan disediakan oleh: Ardysham

Attachments
Created at 6/14/2021 2:57 PM by Elbi Saiful Razaimie Mohd Ali
Last modified at 6/14/2021 2:59 PM by Elbi Saiful Razaimie Mohd Ali