Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Lawatan Muslimah Masjid Kuala Belait



Rabu, 24 Mac 2021 - Seramai 17 orang rombongan Muslimah Masjid Kuala Belait mengadakan lawatan ke Pusat Sejarah Brunei pagi hari ini.


Rombongan telah dialu-alukan oleh Pemangku Ketua Unit Pameran dan Lawatan, Awang Muhammad Hazwan bin Kampong.


Rombongan berkesempatan mengikuti beberapa aktiviti sampingan seperti demonstrasi penyusunan salasilah, takapan batu nisan dan tunjuk cara pemeliharaan dokumen serta penjilidan. Turut menarik perhatian rombongan ialah keunikan dan kreativiti pelbagai corak nama-nama Sultan Brunei dalam seni kaligrafi tulisan jawi.


Rombongan kemudiannya mengakhiri lawatan dengan mengunjungi galeri-galari pameran.


  

Attachments
Created at 3/31/2021 10:42 AM by Elbi Saiful Razaimie Mohd Ali
Last modified at 3/31/2021 10:43 AM by Elbi Saiful Razaimie Mohd Ali